Advertise

Thursday, May 23, 2013

Masih relevankah pimpinan PKR dan PAS untuk menghadapi PRU14?

0 comments




“Salah satu sebab penangguhan ini adalah kerana parti baru sahaja melalui satu 'pertempuran' sengit, iaitu pilihan raya umum ke-13 dimana banyak sumber dan tenaga telah digunakan.

Salah satu je? sebab lain? Bukan kerana nak tunggu kemarahan ahli kepada Azmin dan Zuraida lega? Apa yang aku nampak, jika Azmin dan Zuraida terus kekal memegang jawatan dalam parti, sokongan kepada PKR di PRU14 akan merosot teruk! Ahli-ahli sedang menunggu dengan sabar untuk buang Azmin dan Zuraida. Tungguuuuuu!

Jom lihat pola pengundi mengikut generasi dalam PRU13

Nota: 
Boomers. Lahir sebelum 1965
Gen X. Lahir bermula 1965 hingga 1983.
Gen Y. Lahir pada 1984 ke atas.
Boomers jenis setia kepada parti. Gen X separuh setia kepada parti dan separuh lagi adalah jenis pemberontak. Seterusnya..
Read more...
Sunday, May 19, 2013

Ulasan PRU 13 : Kedah vs Selangor

0 comments
 Assalamualaikum W.B.T..

Dah lama rasanya aku tak mrnulis kat MediaPerak memandangkan aku agak sibuk dengan kerja kebelakangan ni. Walaubagaimanapun rasanya tak terlewat untuk membuat ulasan tentang kisah2 PRU 13 yang lepas.

Banyak kisah2 menarik sebelum dan selepas tarikh 5hb Mei 2013 lepas. Kisah di Selangor dan Kedah yang paling menarik perhatian aku untuk buat perbandingan. Nak tunggu ulasan dari Brader Mat Saman Kati, dah nak masuk 2 minggu dah. 

Mungkin Brader MSK sebuk dengan kerja lapangan di samping NGO alam sekitar yang digerakkannya bersama rakan2 yang lain. Dan yang paling best kata Brader MSK, Alahmdulillah, MediaPerak bukan la punca utama kekalahan Pakatan Rakyat di negeri Perak.

keh keh keh keh keh keh keh...

Makan dalam jugak ayat tu...!!!

So, tak salah kot rasanya aku pulak yang buat ulasan mengikut cara dan selera aku la. Kalau rasa tak puashati dan ada pandangan lain, jangan malu2 untuk emailkan ke mediaperak@gmail.com. Konfom artikel yang di post akan di publishkan oleh admin MP.

Berbalik kepada kisah pilihanraya di negeri Kedah dan Selangor, aku awal2 lagi dah agak dah kerajaan negeri PAS Kedah akan tumbang dalam PRU 13 kali ni. Mana taknya, bermacam krisis melanda pentadbiran negeri di samping Menteri Besarnya yang di kelilingi oleh kaki2 ampu. Dah la MB nya tak boleh di tegur, barisan Exco pulak jenis yang tak mau beralah. Masing2 keras kepala ikut kehendak sendiri sedangkan rakyat memerhati dan menilai. Jika begini trend pentadbiran PAS, maka agak mustahil rakyat mahu memberi kepercayaan lagi kepada PAS lepas ni.

Rakyat mahu kerajaan yang membela rakyat dan bukan bergaduh sesama sendiri berebut jawatan. Apakah ini model pentadbiran Islamik cara PAS? Apa yang berlaku di Terangganu dulu kini berlaku lagi di Kedah. Mengapa kedua2 negeri ni tak mau ambik contoh model pentadbiran yang diamalkan oleh kerajaan Kelantan pimpinan Tok Guru Nik Aziz? Bagi aku, seorang ulama bukan bererti dia seorang pentadbir yang baik. Tapi seorang pentadbir yang baik boleh jadi dari seorang ulama.

Berbeza pulak dengan Selangor. Selangor di bawah Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim cukup cemerlang dalam aspek untuk menjaga kebajikan rakyat. Walaupun tak semua mampu di penuhi dalam masa yang singkat ni, tapi dalam tempoh 'percubaan' selama 5 tahun telah membuktikan dia mampu untuk mentadbir Selangor dengan baik.

Walaupun PKR mendapat kerusi yang paling sikit di DUN Selangor, namun PAS dan DAP telah sebulat suara bersetuju untuk melantik TS Khalid meneruskan kerja2nya sebagai MB. Tapi ada sikit keganjilan yang berlaku bila mana Azmin@Zuraida@MPN Selangor pulak yang membantah keputusan itu dengan alasan kerusi MB tu hak milik PKR dan gabungan parti lain dalam Pakatan tak layak untuk campurtangan.

Aduhai!!! Dah la dapat kerusi paling sikit, siap demand pulak. Hilang akal ke diaorang ni? Dan bab ini yang paling aku tunggu2 untuk melihat siapa sebenarnya pejuang rakyat(walaupun berlakon) dan siapa dikalangan opportunis yang berselerak dalam parti tak kira PAS, DAP atau PKR. Tapi kumpulan Azmin ni kelihatan terperangkap dengan agenda mereka sendiri. Terbaru nak desak pulak jawatan Exco, gila kuasa dan jawatan teruk sangat dah ni..

Bayangkan kedua2 negeri Pakatan Rakyat ni satu, cukup kukuh hingga gagal ditumbangkan dengan apa cara sekalipun waima orang dari dalam parti sendiri tapi yang satu negeri lagi tak payah susah2 Umno nak serang. Sesama sendiri pun dah jenuh berpencak silat bagai. Ada yang dah injured nyawa2 ikan sebelum bertarung dengan Umno lagi, macam mana nak menang.

Apapun, PRU 13 ni memang mencipta sejarah. Sejarah gelap negara termasuk sejarah bagaimana kerakyatan Malaysia bertambah dengan pelbagai etnik yang sebelum ni cuma ada di negara2 Asia lain. Sejarah bagaimana SPR dan JPN dan segala agensi2 lain diperkudakan dan dijadikan parti kompenan Barisan Nasional untuk Pakatan Rakyat hadapi dalam PRU 13 ni. Dan paling celaka, isu perkauman cuba dibangkitkan semula setelah majoriti pecahan kaum diperolehi dari keputusan PRU kali ni.

~Adios~

Read more...
Friday, May 17, 2013

Perak. BN dan PR sama2 pening!

0 comments


Teorinya mudah.

BN 31. PR 28.

Jika dilantik seorang speaker dari ADUN, BN 30, PR 28.

Jika seorang ADUN BN lompat, BN 29, PR 29. Camana nak dapatkan undi luluskan pembentangan?

Lagi ...
Read more...
Thursday, May 16, 2013

Kisah Benar- Istimewa Hari Guru

0 comments


Cikgu, terima kasih kerana membalas semua sms saya walau pun lewat. Saya tahu akan kesihatan Cikgu yang uzur. Hari ini, Hari Guru. Murid saya hanyalah budak-budak seusia empat,lima dan enam tahun. Tapi setiap kali sambutan hari Guru, mereka berlumba-lumba nak beri saya hadiah. 

Saya pernah dapat hadiah dari yang semahal-mahalnya dan ada hadiah yang dah terpakai! Begini Cikgu, pernah pada satu kali sambutan hari guru, semua murid saya datang dan pelok saya. Mereka bagi saya macam-macam. Seorang murid yang saya kenal pasti datang dari keluarga yang agak susah, memerhatikan sahaja gelagat kawan-kawannya. Kawan-kawannya cakap, " Awak tak bagi Cikgu hadiah..kami semua dah bagi..." Dia pandang wajah saya. Saya jawab, " Tak apalah kalau dia tak bagi, hadiah ni pun bukan awak semua yang beli, kan ini semua dari poket emak ayah awak? Lainlah kalau memang dari hasil kerja awak semua. Masa tu lambat lagi, sekarang masa awak semua belajar.Cikgu tak kisah kalau awak tak bagi langsung pun," saya memujuk hati budak tadi dengan ayat-ayat saya. 

Cikgu tau? Dia datang menghampiri saya. Dia menghulurkan saya bekalnya! Hari-hari dia suka makan donat. Itulah makanan kegemaran dia. Seringkali dia masuk dalam kelas dengan mulutnya yang penuh mengunyah donat. Dan ada lagi dalam plastik dua atau tiga ketul untuk dimakannya waktu rehat.

" Awak bagi Cikgu ke kuih ni?" Saya menyentuh bahunya. " Iya..saya hadiah. Saya tak ada duit nak beli hadiah macam mereka.." Oh Tuhan! Mata saya basah,Cikgu! Saya tarik budak tu dan saya peluk dia kemas-kemas ke dada. Semua kawannya diam dan saya perasan ada budak perempuan yang bertakung airmatanya!

Saya tak minta semua hadiah-hadiah tersebut. Tugas saya hanyalah mengajar. Mendidik dan menuntun mereka ke jalan yang diredhai Allah. Seringkali saya ucapkan, " Jadilah apa saja. Doktor. Peguam. Guru. Polis. Askar. Angkasawan. Apa saja. Tapi mestilah beriman dan taat dengan Tuhan."

Cikgu, saya sentiasa mendoakan semoga Cikgu di dalam naungan kasih sayang Allah. Sekarang saya faham. Saya mengerti. Apa yang Cikgu rasa dahulu telah pun saya alami. Saya lebih mengerti kenapa waktu kelas sastera dahulu Cikgu selalu bersikap "misteri" dan meninggalkan kami terpinga-pinga.

Andai sahaja saya tau waktu itu. Andai sahaja saya mengerti ketika itu. Betapa Cikgu sedang diuji dengan satu ujian yang sangat hebat. Bersendirian memelihara anak-anak. Bergegas ke kem Kamunting dari Petaling Jaya untuk melawat suami tercinta yang dalam tahanan ISA! Datang jauh-jauh berpenat-penat tapi seringkali pulang dengan kecewa kerana Cikgu tak dibenarkan berjumpa dengan suami! Maaf Cikgu. Maaf sebab waktu itu saya tak tau apa itu ISA. Apa itu kem Kamunting. Apa itu politik! Waktu itu saya hanya minat sastera. Saya hanya mahu belajar. 

Alhamdulillah. Tuhan mempertemukan kita lagi. Terima kasih yang tak terhingga kerana Cikgu selalu mendorong saya dengan kata-kata semangat untuk saya terus kuat dan tabah memelihara anak-anak tanpa sokongan dari seorang laki-laki yang bergelar suami. 

Terima kasih Cikgu kerana membalas mesej saya semalam. Saya tak berpeluang bagi Cikgu hadiah. Tapi saya akan tetap mendoakan Cikgu. Saya akan sentiasa mengenang jasa baik Cikgu hingga akhir hayat saya. 

Sekian sahaja nukilan dari saya,

pulanglah perantau!

 Dedikasi untuk Cikgu Sabariah.. (GURU SASTERA SMK PETALING 1978-1979)

 KEPADA SEMUA GURU DI MALAYSIA, SELAMAT HARI GURU!

Oleh:  Kaklong Nagano
Read more...

Sah. Sabotaj PAS penyebab PR terlungkup!

0 comments




Oleh: TG Abu Nawas



Beranak dalam kelompok melayu, bersekolah dalam kelompok melayu, membesaq dalam kelompok melayu, bekerja dalam kelompok melayu, berpolitik dalam kelompok melayu tiba tiba mai penang jadi ketua pemuda pas. Dia ingat penang ni macam Baling la kot..... Lepas ni nak ganti dia pun orang Baling jugak... ke hulu ke hilir bercakap pasai melayu... depan cina bermuka muka, depan melayu dok maki cina... depan PKR dan DAP tunjuk baik tapi bila jumpak ahli parti caci hamun DAP dan PKR kot belakang... selanjutnya

 

 

 

Read more...
Wednesday, May 15, 2013

Teknik memperkuat PKR paling ampuh!

0 comments


Mudah! teramat mudah!

Yang penting dari yang lebih penting, ahli2 yang pro mamat 2 orang kat bawah ni wajib jangan bagi pegang apa2 jawatan kat cabang di pemilihan akan datang. Kalau wujud lagi, alamat sampai bila2 pun parti takkan tenteram! seterusnya...



Read more...

Maka, Aku betul!! Penyokong Ust Azizan nak kata apa?

0 comments
Aku nie jenis kaki lawan. Tapi, bila aku tengok orang yang nak kena hentam dengan aku ditimpa sesuatu yang menyedihkan, maka aku biasanya 'lembut' sikit. Tapi dalam kes Ust Azizan. Bila aku dengor dia menjalani pembedahan (potong kaki), aku rasa kesian kat dia. Tapi, bila aku baca artikel dalam Malaysian Insider, maka aku memang tak boleh sabaq.

Walaupun, kenyataan itu dari artikel itu bukan datang terus dari Azizan Razak, tapi Malaysian Insider mengunakan frasa " kata Azizan kepada Muhammad Sanusi".  Oleh itu, aku menganggap kenyataan itu kenyataan Azizan.

Aku tak sebenornye, tak marah kat Azizan kerana dia 'mengesahkan' apa yang aku tulis dalam artikel yang bertajuk "Jom lingkupkan Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah!!!" (Me. Dalam artikel itu, aku senaraikan 'dosa-dosa' Ust Azizan. Aku merumuskan artikel itu bahawa 'kelemahan pentadbiran Ust Azizan di Kedah akan melingkupkan Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah'. Bila keputusan PRU-13 diumumkan dan 'kelingkupan PR Kedah disahkan', aku hanya kata ' aku dah kata dah'.



La nie, Ust Azizan sendiri mengaku kelemahan pentadbiran dia ataupun kenyataan dia lebih menunjukkan dia pemimpin yang tak berkredibel.

Baca artikel Malaysian Insider disini.

Lantaqlah, janji apa yang aku kata BETUL. Penyokong Ust Azizan nak kata apa?
Read more...
 
Mediaperak.net © 2013 mediaperak.net & Blogger. Supported by Mediaperak Perak

"Menggalas Harapan Rakyat"